Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri


NAMA:
Zulkifli bin Mohamad al-Bakri


TARIKH LAHIR:
16 Januari 1969

TEMPAT LAHIR:
Gong Pauh, Kemaman, Terengganu



PENDIDIKAN:

1. Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah,
Kuala Terengganu, Terengganu

2. Aliran Thanawi,
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (1985-1988)

3. Sarjana Muda Syariah (BA.),
Universiti Islam Madinah (1989-1993)

4. Sarjana Syariah (MA.),
Universiti Ilmu-Ilmu Islam Dan Arab, Syiria (1994-1997)

5. Doktor Falsafah (Ph.D),
Universiti Sains Malaysia (2002-2004)


TAJUK KAJIAN DOKTOR FALSAFAH (Ph.D):
Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan


JAWATAN:

1. Pensyarah Kanan,
Kolej UNITI,
Port Dickson (1997-2006)

2. Ahli Jawatan Kuasa Fatwa
Negeri Terengganu Darul Iman: (2005-2014)

2. Ahli Panel  Kajian Akidah,
JAKIM (2008-2011)

3. Ahli Jawatan Kuasa Penasihat Haji
Tabung Haji- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2008)

4. Panel Penyelidik Pusat Zakat
Negeri Sembilan Darul Khusus (2008)

5. Panel Syariah  Bank Muamalat (2011)

6. Mufti,
Mufti Wilayah Ke7,
Wilayah Persekutuan 
(23 Jun 2014 sehingga kini 9 Mac 2020)

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Hal Ehwal Agama
(10 Mac 2020 sehingga kini)


GURU:

Madinah:

1. Syaikh Mohamad bin Mohamad Mokhtar al-Syanqiti (w. 1441H); 
Lajnah Kibar Ulama Saudi
2. Syaikh Muhammad Ali al-Thani; Imam Masjid Nabawi
3. Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimeen (w. 1421H)

Syiria:

1. Syaikh Sadiq Habannakah
2. Syaikh Rusdi bin Salim Qalam; Imam Masjid Abdullah bin Rawahah, Damsyik
3. Prof. Dr. Mustafa al-Bugha
4. Dr. Mustafa bin Sa'id al-Khin (w. 1429H)
5. Syaikh al-Muhaddith Abdul Qadir al-Arnaut
6. Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif bin Saleh al-Farfour (w. 1435H)
7. Dr. Said Ramadan al-Buti (w. 1434H)
8. Dr. Wahbah Mustafa az-Zuhayli (w. 1436H)


PENCAPAIAN:

1. Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1433H (2012) sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan.

2. Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Terengganu pada November 2013.

3. Menerima darjah Panglima Mahkota Wilayah daripada Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada hari Wilayah 2015 yang membawa gelaran Datuk.

4. Muncul dalam rancangan televisyen sebagai panel 'al-Kulliyyah' di TV3, Forum Perdana  Ehwal Islam' di RTM1, 'Halaqah' di TV9, dan 'Coffea with Mufti,' serta 'Hati Mufti' di Tv al-Hijrah.

5.  Memiliki rancangan sendiri seperti 'Cinta Ilmu: Tasawuf Harian' (2014) dan 'Medan Fatwa'  (2014) di Tv al-Hijrah serta slot di corong radio seperti 'Bayan Linnas' di IKIM.fm .


6. Penulis bulanan didalam Majalah al-Ustaz dan Solusi terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Juga penulis jemputan didalam Majalah Q& A terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.


7. Menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri  daripada Yang Dipertua Negeri Pulang Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada Ulang Tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri.


8. Menerima Darjah Yang Mulia Jasa Negara; Panglima Jasa Negara  daripada Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.

8. Penghasilan lebih 200 buah bahan penulisan yang terdiri dari buku agama, jurnal, buku-buku terjemahan dan makalah dalam bidang akidah, fiqh, dan tasawwuf.

9. Mufti dalam Malaysia pertama yang dilantik sebagai menteri.


KARYA:



Buku yang ditulis beliau sangat banyak, melebihi 200 buah, antaranya:

1. Menyelusuri Ikhtilaf Mazhab, Antara Keterikatan & Keterbukaan, Perpaduan & Perpecahan, Darul Fuqaha (2005)

2. Ahasin al-Kalim, Syarah al-Hikam, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (2006)

3. Solat Sunat Pilihan, Telaga Biru Sdn. Bhd (2007)

4. Hadis-Hadis Peringatan Buat Umur Insan, Telaga Biru Sdn. Bhd (2008)

5. Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya, Telaga Biru Sdn. Bhd. (2009)

6. Istilah-istilah Fiqah Dan Usul: Empat Mazhab, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2010)

7. Nota Untuk Anakku, Darul Syakir Enterprise (2011)

8. Q&A Bersama Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, PSN Publications Sdn. Bhd. (2012)

9. Halal Haram Dalam Islam (Terjemahan Halal wa Haram fi al-Islam Dr. Yusuf al-Qaradhawi), Darul Syakir Enterprise

Ulasan


  1. Salam

    Kepada;

    Mereka yang berkenaan

    "Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim"
    https://forums.alkafeel.net/showthread.php?t=29234

    "Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim".

    1. Jika Syiah itu sesat atau terkeluar dari agama Islam pada 5.5.1996, apakah kedudukan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu perlu dinilai kembali kerana sebahagian perawinya adalah Syiah?

    2. Apakah al-Bukhari dan Muslim juga difatwakan sesat atau tidak boleh dipercayai lagi atau terkeluar dari agama Islam kerana mereka menerima para perawi Syiah?

    3. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mewartakan Syiah sebagai sesat pada 5.5.1996.Ini bererti mereka telah menyesatkan sebahagian perawi Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim!

    4. Kenapakah mereka mengatasi peranan Allah SWT dalam menentukan definisi seorang Muslim? Adakah mereka lebih pandai daripada Allah SWT?

    5. Kenapakah mereka mengatasi peranan Nabi SAW dalam menentukan definisi seorang Muslim? Adakah mereka lebih pandai daripada Nabi Muhammad SAW?

    6. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    7.Tidakkah mereka dipengaruhi oleh fahaman Wahabi Takfiri kerana Wahabi mengkafirkan semua orang Islam selain daripada penganut Wahabi. Sedangkan ketua mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah al-Asyairah, Abu al-Hasan al-Asy'ari berkata: "Kami tidak mengkafirkan seorang pun di kalangan ahli Qiblat" (al-Ibanah, hlm. 10).

    8. Justeru, fatwa dan enakmen pengharaman Syiah pada 5.5.1996, hendaklah dibatalkan kerana ia berasaskan mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak(e-fatwa), bukan berasaskan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

    9. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mengeluarkan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996 bagi tujuan mengharamkan Syiah dan menukarkannya dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (sila lihat, SURAT PM di laman.: almawaddah. info).

    10. Ia memberi implikasi bahawa mereka telah memertabatkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih tinggi daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW itu sendiri.

    11.Justeru, Malaysia bukanlah sebuah negara Islam dari segi undang-undang kerana para mufti dan para penguasa Malaysia tidak mewartakan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996. Sementara Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara Malaysia, bukan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI


    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr. Umar Muhammad Noor

Dato Dr. Anhar bin Opir

Datuk Ustaz Kazim Elias al-Hafiz